Selasa, 28 Mei 2013

Suara azan-Fitri Haris





Tajuk Lagu: Suara Azan - Fitri Haris

Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat,

Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar...

Oh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu..

Bangun semua
Bingkas segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah...

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar..

Oh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu..

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar..

Oooooh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu
Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa..



Dengan Lafaz,
Bismillahirrahmanirahim...Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..
selawat dan salam keatas Rasul junjungan,sahabat serta saudara baginda...

Assalamualaikum w.b.t.....Alhamdulillah hari ini ada jugak masa saya nak menulis sesuatu kat blog ni..walaupun 3 hari lepas niat nak buat blog tak kesampaian, Alhamdulillah atas izin-Nya dapat jugak saya mencoret kat blog ni,walaupun hanya singgah sebentar nak buat perkongsian sikit..macam-macam halangan nak buat blog ni tapi saya tetap mencuba sedaya mungkin untuk update kat blog ni..nampak blog ni semakin bersawang,lama dah tak update..cuti-cuti sekolah ni pelbagai benda je nak dibuat ada yang pergi bercuti kat mana-mana dan pelbagai lagi yang dirancang masa cuti pertengahan tahun ni..
Tapi saya sebagai student memang tak dapat lari dari kerja sekolah masa cuti ni,best jugak dapat buat kerja sekolah dapat jugak tambahkan ilmu yang belum cukup..Alhamdulillah apa yang dirancang dah pun dapat disiapkan..dengan membahagikan masa yang ada ini, setengah kerja kursus dan nota dah siap dalam masa 4 hari cuti ni di buat tinggal nak kemaskini lagi..Jadi kepada semua sahabat-sahabat yang masih  bergelar pelajar pandai-pandailah membahagikan masa yang ada ini,jangan sia-siakan  peluang yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu yang masih kurang..Semoga Allah S.W.T nilai apa yang kita buat & Semoga Allah SWT susun yang terbaik untuk kita semua..InsyaAllah..


**Jom sambil-sambil buat kerja sekolah dengar lagu dari Fitri Haris-Suara Azan..memang menyentuh hati saya dengar lagu ni pagi-pagi subuh ni....Tapi jangan lupa solat subuh jugak..semoga pagi dan hari ni kita semua mendapat rahmat daripada Allah SWT...Ameen Ya Rabbal Alamin...SeLaMaT bErCuTi.:-)

Rabu, 15 Mei 2013

Ilmu


Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah,tuhan yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.segala puji tertentu bagi Allah,tuhan pentadbir seluruh alam...



"Ya Allah ajarkanlah kami bahawa berlajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya kernamu berlajar ini bukan untuk diri bahkan untuk seluruh umat Rasulmu berlajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanmu..
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu...ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu.Redhailah setiap langkah kami,kerna kepadamu kami akan kembali..Ameen"

Assalamualaikum wbt.... buat sahabat-sahabat yg mengunjungi blog ni..arini nak kongsi sikit tentang persekolahan saya yang baru bermula dalam minggu ni dan berakhirnya jugak aktiviti orentasi lower 6 walaupun dalam masa 3 hari je, tapi begitu bermakna bagi kami sebagai seorang pelajar...diri ini terfikir jugak mesti kawan2 yg seumur dgn sy dah dpt banyak tawaran dari ipta,ipts,politeknik, @ dari sekolah2 lain..masa ni memang dah banyak surat tawaran datang berlambak-lambak dan dapat panggilan dari sekolah2 lain tapi masih jugak masuk form6...hehe...masih menanti tawaran yang diminati...sabar je lah...
Alhamdulillah dah masuk lower 6 ni,menjadikan diri ini lebih kedewasaan dan banyak lagi ilmu yang perlu diteroka dan ditambah..kesempatan itu jugak dapat jugak berkenalan dengan kawan-kawan baru dari sekolah lain walaupun baru berkenalan... antaranya dari sekolah sains miri,sains labuan dan dari sekolah-sekolah lain..hmm..nak hampir ramai jugak student yang dapat masuk lower 6  tahun ni,walaupun dah guna sistem yang baru...

saya teringat pesanan dari seorang cikgu masa aktiviti taklimat dijalankan dari guru-guru matapelajaran form 6 beliau berkata "dah masuk form 6 tak da lagi kes honeymoon @ sebaliknya dan tinggal 1 langkah saja lagi nak masuk Universiti,mesti ada matlamat yang tetap masuk form6 ni bukan sekadar nak duduk sementara,mesti ada matlamat nk masuk form 6 ni,fikir-fikirlah"...kadang-kadang membuatkan diri ini tertanya-tanya...Adakah betul pilihan ku atau sebaliknya??membuatkan diri ini berfikir tentang halatuju dan masa depan....
Moga Allah meredhai setiap langkah ini dan mempermudahkan lagi segala urusan ini...Moga dengan pilihanku ini tetap..Ameen ya rabbal alamin...:-)

Sabtu, 11 Mei 2013

Hari Ibu


Dengan lafaz Bismilahirahmanirahim…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi…
Ya Allah Ya Tuhanku..
Rendahkanlah suaraku,perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk
 Ibuku
Puan Jita Bt Hj Jumat..
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku…
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku..
Ya Allah Ya Tuhanku…
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
Sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya,murahkan rezekinyadan berikanlah keberkatan
Dunia dan di akhirat dalam hidup kami sekeluarga…
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung dan
 Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amin Ya Rabbal Alamin...



Pagi ini saya nak buat coretan kat blog ni mengenai Hari Ibu @ Happy Mother’s Day Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibu @ umi saya iaitu Puan Jita Bt Hj Jumat yang sentiasa menyanyangi anak-anaknya...kasih sayangmu tiada tandingan..hidupmu kau korbankan biarpun dirimu yg terkorban,tak dapat kami balasi,hanya Allah saja yg membalas segala jasamu dan pengorbanan mu moga tuhan memberkati kehidupanmu ibu..ibu ampunilah segala dosa anak-anakmu ini andainya pernah menghiris hatimu,restumu yg amat kami harapkan kerana disitu letak syurga anak-anakmu...

Disini saya ingin kongsikan sedikit cara sambutan hari ibu Menurut Perspektif Islam yang boleh kita lakukan antaranya ialah:

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.


3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.


4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.


5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.


*Disini saya nak kongsikan 1 video lagu nasyid dari adik Aeman yg begitu menyentuh hati saya di setiap baris ayat lagu itu ada makna yg begitu bermakna buat insan yg bergelar ibu..:-)

Lagu Nasyid: Aeman Buatmu Ibu



P/S:jangan sesekali pernah menghiris hati ibu...Sayangilah ibu kita sesungguhnya dia yg melahirkan dan menjaga kita sewaktu kecil sehinggalah dewasa...mengajar kita sifat kesabaran,ketabahan dan keadilan dalam kehidupan kita...Moga Allah memberkati kehidupanmu ibu..sayang ibu!!!

Jumaat, 10 Mei 2013

Bulan Rejab

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -


(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab


Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)



>>Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.
Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.


Wallah hu’alam bissawab.

Sumber:
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/bulan-rejab-menurut-perspektif-al-quran-dan-as-sunnah