Jumaat, 18 Januari 2013

Akal Fikiran Manusia


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah daripada segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Daripada segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.”
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W..

Assalamualaikum WBT…                                                                                          
Firman Allah SWT,yang bermaksud:”Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri,duduk,dan ketika baring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.(mereka mengatakan) :wahai tuhan kami tidaklah engkau menjadikan sia-sia.Mha suci Engkau,peliharalah kami dari seksaan neraka”.
(surah Al-Imran:ayat 191)

 Alhamdulillah diri ini sentiasa dalam keadaan sihat, harap semua sahabat-sahabat yang lain jugak dalam keadaan sihat…Hari ini ada jugak kesempatan saya nak update blog ni yang masih kurang terisi.semoga diri kita sentiasa istiqamah kepada-Nya.. saya nak kongsikan tajuk hari ni ialah Akal Fikiran Manusia yang saya ambik dari - Artikel iLuvislam.com .kita sebagai manusia masih lagi dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT.Boleh lagi berfikir,membaca,memahami dan sebagainya.Itulah fungsi akal fikiran,kita boleh memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.Kita jugak sepatutnya menggunakan akal untuk berfikir secara rasional..

Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah S.W.T kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek Biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir dengan kreatif dan berimaginasi sebaliknya bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir dengan logik dan analisis.

Akal pula adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Tidak seperti otak, ia bersifat abstrak atau tidak kelihatan. Namun, ia tetap wujud. Jika anda melihat pembedahan otak dilaksanakan, yang anda akan lihat hanyalah otak bukan akal. Akal ialah anugerah yang besar daripada Allah S.W.T kepada kita semua makhluk-Nya yang bernama manusia. Dengan akal darjat kita ditinggikan berbanding makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Dengan adanya otak dan akal barulah fikiran boleh dihasilkan.

Perumpamaan otak dan akal adalah umpama hardware dan software dalam komputer. Kita andaikan otak kita adalah hardware manakala akal ialah software. Kedua-dua unsur ini perlu digabungkan untuk berfungsi dengan baik. Seperti yang kita tahu, setiap hardware memerlukan software untuk berfungsi manakala tanpa hardware pula, software tidak dapat digunakan. Mustahil untuk menggunakan komputer tanpa software dan mustahil untuk menggunakan software tanpa adanya komputer.

Begitulah juga hubungkait antara otak dan akal manusia. Tanpa wujudnya otak, akal tidak dapat digunakan dan tanpa akal pula, mustahil otak dapat digunakan. Jika kedua-dua otak dan akal digunakan maka akan wujudlah fikiran. Dengan wujudnya fikiran maka manusia boleh berfikir. Fikiran pula wujudnya dalam dua keadaan iaitu fikiran keadaan sedar dan fikiran bawah sedar. Dari sudut ilmiah, fikiran sedar digunakan dalam empat tahap iaitu mengenal pasti maklumat, membuat perbandingan, menganalisis dan membuat keputusan terhadap sesuatu maklumat.

Maklumat dikenalpasti dengan menggunakan pancaindera kurniakan Allah S.W.T iaitu bau, sentuhan, penglihatan, pendengaran dan perasaan/ rasa). Perbandingan dilakukan dengan merujuk kepada bahan dan pengalaman setiap manusia seterusnya dianalisis sebelum fikiran memutuskan sesebuah maklumat itu. Sungguh hebat ciptaan Allah, hanya beberapa saat sahaja otak kita mampu memproses dan menerima berjuta-juta maklumat. Subhanallah. Firman Allah S.W.T:

"Yang telah menciptakanmu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu". (al-Infitar:7-8)

Minda bawah sedar pula adalah suatu keadaan di mana manusia berfikir di luar tahap kesedarannya. Mengikut teori pakar hipnosis, Milton Erickson, kemampuan berfikir di tahap bawah sedar adalah jauh lebih tinggi daripada fikiran sedar. Beliau menisbahkan kemampuan berfikir bawah sedar adalah sembilan kali ganda lebih tinggi daripada kemampuan fikiran sedar. Kadang-kala kita merasakan sesuatu memori itu telah dilupakan namun pada suatu ketika kita dapat mengingatinya kembali tanpa menyedari memori itu tersimpan di dalam otak. Maka ketika itulah fikiran bawah sedar akan keluar dan digunakan.

Sesungguhnya rahsia ilmu Allah itu sangat luas dan hakikat yang sebenar hanya Allah yang lebih mengetahui. Merenung penciptaan tiga anugerah Allah bernama otak, akal dan fikiran ini akan membuatkan kita berasa kerdil nya diri kita. Biarpun kita digelar manusia terpintar didunia ini, adalah mustahil bagi kita untuk mencipta satu ciptaan yang menyamai ketiga-tiga benda ciptaan Allah ini...

>Dalam islam,al-Quran dan sunah sebagai teras utama untuk kita jadikan rujukan.namun,islam juga tidak menafikan bahawa logic akal boleh dijadikan sebagai sumber rujukan.kadangkala,akal kita tidak mampu untuk memikirkan perkara-perkara yang ghaib sedangkan kita tidak pernah melihat dengan mata kepala kita sendiri.contohnya seperti kewujudan syurga dan neraka.pastinya akal kita tidak mampu memikirkan sampai ketahap itu melainkan dengan bimbingan wahyu daripada Allah SWT yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW.

>Marilah kita renungkan firman Allah SWT yang bermaksud:”(Dan sesungguhnya kami (Allah)penuhkan (neraka jahanam )kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia.mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat Allah).dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah).dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat Allah).mereka itulah orang-orang yang lalai(tidak menggunakan akal dengan sebaiknya)”.(Al-A’raf:ayat-179)..:-)
**Moga kita menggunakannya ke arah kebaikan dan diredha Allah S.W.T bukan sebaliknya kerana kita perlu ingat siapa yang menciptakan kesemuanya..:-)

Umur


 Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah hari ni sempat jugak saya update kat blog ni..terlebih dahulu saya nak  mintak maaf  sangat-sangat kepada yang mengunjungi kat blog ni kerana saya jarang nak update kat kolam ni dan kadang-kadang tu masa nak update je blog mesti je internet tak ok,ada je masalah.. saya akui juga yang saya masih  belum lagi arif sangat nak mencoret kat blog ni..banyak yang perlu saya pelajari lagi..Saya harap semua sahabat-sahabat  dapat membantu saya, yang masih baru belajar nak buat blog ni…InsyaAllah kalau tak ada halangan atau masalah internet saya nak kongsikan lagi kat blog ni, yang masih kurang terisi masa ni..InsyaAllah kita sebagai hamba  hanya merancang,Allah SWT yang menentukan segalanya..
kata-kata hikmah:






“JANGAN MENUNDA-NUNDA KEBAIKAN,SEBAB KITA TIDAK TAHU BILA UMUR KITA AKAN BERAKHIR”

Mengenai umur hari ni adalah, hari lahir saya yang ke-18 tahun dah pun berlalu 4 hariyang lepas, tak terasa masa begitu cepat pergi, rupa-rupanya dah semakin bertambah umur diri  ni dan dah tua rasanya.:-)

kadang-kadang tu buat saya terfikir-fikir ,kemana kah pergi umur kita?apakah yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita di dunia ini..adakah perkara  baik @ buruk yang kita lakukan  ataupun sebaliknya…semoga kita semua mendapat nilai yang baik di sisi Allah SWT…Ameen Ya Rabbal Alamin..:-)

memberi peringatan buat diri saya jugak,bertambahnya umur bermakna bertambahlah  dekat diriku dengan-Nya..membuatkan diri ini memikirkan amal-amal yang telah dilakukan,dosa-dosa yang pernah dilakukan..membuatkan diri ini bersyukur dengan nikmat umur yang diberi ini,untuk bertaubat akan kesalahan yang dilakukan dan juga dapat meningkatkan lagi  amal-amal soleh bagi bekalan disana nanti..

hadirnya bersama ucapan dari sahabat-sahabat,guru-guru serta  keluarga yang dikasihi yang mendoakan kebaikan buat diri ini,tidak kira melalui sms atau sebaliknya..Terima kasih sangat-sangat  saya ucapkan,kerana masih menginggati diri ini..Awal-awal pagi dah kawan-kawan saya mesej nak beri ucapan memang tak tunggu pagi dah tepat je pukul 12 pagi ada je mesej masuk..memang terharunya dan rasa sedih pun ada juga..membuatkan diri ini teringatkan masa zaman sekolah,teringat pula saya setiap kali  ada yang sahabat-sahabat yang hari jadi memang tak serik tanya dia hari ni hari apa kat dalam kelas?saja nak kenakan kawan yang hari jadi masa tu nak menginggati..adakalanya , masuk je melangkah kat kelas ada yang beri ucapan serta doa untuk diri ini...memang banyaklah kenangan kat sekolah tak dapat dilupakan..Semoga semua pelajar  SPM  2012 akan mendapat keputusan dengan cermerlangnya…Ameen...

Apa-apa pun,semoga Allah SWT makbulkan doa kalian..doakan diri ini terus kuat dan istiqamah atas jalan ini dan juga semoga kita semuanya mendapat nilai yang baik di sisi Allah SWT…Ameen Ya Rabbal Alamin…

 "SYUKRAN JAZILAN  BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG MENGUNJUNGI BLOG INI..":-)

Khamis, 3 Januari 2013

kenangan persekolahan (ukhti fillah)

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Allah,tuhan yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.segala puji tertentu bagi Allah,tuhan pentadbir seluruh alam...




"Ya Allah di tahun baru yang ceria ini.Engkau muliakan dan sayangi kami,sihatkan tubuh badan kami,berkati keluarga kami,limpahkan rezeki,jauhkan daripada fitnah dan penganiayaan,suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa.Makbulkan cita-cita kami yang murni ini.."
Assalamualaikum WBT..apa khabar semuanya..kejam kelip kejam kelip dah masuk hari yang ke-3 kita dah melangkah Tahun Baru 2013.Azam pun perlu diperbaharui.semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..Tak terasa masa begiti cepat berlalu..Adakah kita sebagai hamba Allah dah melaksanakan perintah-Nya?kadang-kadang kita sering lalai dengan kehidupan duniawi..SubahanaAllah..peringatan buat diri saya sendiri jugak..
"Ya Rabbi..Tiada apa-apa yang kami miliki di dunia yang telah Engkau pinjamkan.sepanjang kami kami melalui laluan duniawi ini,kami mengharapkan kebaikan dalam setiap amalan,Ya Allah hijrahkanlah jiwa kami ini kepada keredaan-Mu.Dekatkanlah hati kami Kepada-Mu agar kami sentiasa membungakan jiwa serta mengharumkan syurga dunia..Segalanya adalah Kerana-Mu"
Hari ni dah masuk hari ke-2 mulanya persekolahan di zon sarawak,bagi pelajar yang masih bersekolah..saya masih dalam menunggu result spm keluar.kalau ada rezeki lagi InsyaAllah,nak sambungkan pelajaran kat tingkatan 6  atau kat tempat lain...tapi tak tahu dulu kat mana..kadangkala rasa berdebar juga tunggu result spm ni..semoga semua pelajar SPM 2012 akan lulus dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik.Ameen..
Alhamdulillah,semasa adik saya buat pendaftar sekolah adalah masa tarikh yang di tetapkan..selepas je,adik saya balik saya cubalah tanya siapa guru kelas..adik saya pun bagi jadual kelas dia.saya pulak yang dok sibuk tengok jadual..saya tengok jadual pelajaran,nak hampir sama jugak guru yang pernah mengajar saya dan kawa-kawan saya masa tu..memang teringatlah kat guru-guru..Tapi apakan daya masa tak dapat diundur semula..Hmm..tak terasa kan masa begitu cepat berlalu,tak lama lagi dalam bulan ni umur saya pun akan mencecah 18 tahun..SubahanaAllah..semoga kita semua dalam reda-Nya..Terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar kami,semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu-cikgu..syukran jazilan..
Teringat pula saya masa mula-mula daftar kat sekolah masa nak masuk tingkatan 1 macam-macam ragam je,ialah masa tu belum ramai kawan tapi dah lama-lama kenal tu makin rapatlah sampai sekarang ni.. Alhamdulillah kadang-kadang macam adik-beradik jugak..memang tak dapat dilupakan,banyak kenangan yang terindah masa zaman sekolah ni..semoga ukhuwah kami akan berkekalan selamanya..Ameen ya rabbal alamin..
Ni gambar masa Tingkatan 4,masa last day sekolah sebelum cuti hujung tahun..sempat lagi ambik gambar dengan guru kelas dan kawan-kawan sebagai kenangan..semuanya sporting,guru kelas pun sporting.. gambar yang sempat diambil dari kawan-kawan lain..Masa tingkatan 5 ni tak sempat nak ambik gambar dengan rakan kelas disebabkan semuanya dah sibuk dalam persiapan untuk SPM memang masa ni semuanya sibuk belajarlah..semoga kami semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012..Ameen..
"Bismillahirahmanirrahim..Ya Allah ampunilah segala dosa kami,kedua-dua ibu bapa kami.guru-guru kami,serta kaum muslimin dan muslimatsama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..kau lembutkanlah hati penanda kertas jawapan kami..kau berikanlah kami keputusan yang cemerlang dlm peperiksaan SPM 2012 ..Tentukanlah sebaik-baik kesudahan kepada kami..Ameen ya rabbal alamin.." 
"kesempatan ni jugak saya nak ucapakan semoga berjaya buat kakak saya Nurul Izzati(UMS),kerana hari ini mulanya peperiksaan untuk sem yang ke-3..semoga keputusan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..Ameen..kami disini sentiasa mendoakanmu kak Long..Buat yang terbaik..=)
*Ini sekadar coretan cerita saya..Alhamdulillah hari ni sempat saya update kat blog ni,walaupun kadang-kadang internet slow sangat sampai tak dapat nak di save ada saja masalahnya..mungkin Allah nak uji kan?..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan mendapat hidayah-Nya...Ameen..*