Sabtu, 16 Mac 2013

Bermulanya Langkahku

"Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah daripada segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Daripada segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W..


Assalamualaikum WBT…
lama dah rasanya dah tak update blog, ni pun rasa dah berlumut..buat sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini mohon maaf jika tak dapat banyak perkongsian..masa begitu penuh dengan aktiviti2 harian kita..semoga diri kita terus istiqamah dan mendapat rahmat daripada-Nya..Ameen...
Diri ini mula berdebar..menghitung hari,masa demi masa di kira,berdebar rasa hati ini menunggu result Spm yang akan keluar tak lama lagi...hanya Doa dan tawakal yang mampu ku buat..segala usaha yang dah dibuat,sudah dilakukan tinggal menunggu keputusan dan hasilnya, mudah-mudahan mendapat keputusan spm yang terbaik..Ameen ya rabbal alamin..banyak perkara yang di fikirkan selepas ni,baru bermulanya langkah ku untuk meneruskan perjalanan hidupku..kadang-kadang membuatkan diri ini terfikir jugak,dimanakah akan ku tuju nanti untuk meneruskan pelajaran ini...adakah masih tempat asalku atau sebaliknya..diantara masuk universiti atau masuk form 6??membuatkan diri ini terfikir-fikir jugak..InSyAllah kalau ada rezeki buat diri ini..
 
"Ya Allah ajarkanlah kami bahawa berlajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya kernamu berlajar ini bukan untuk diri bahkan untuk seluruh umat Rasulmu berlajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanmu..
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu...ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu.Redhailah setiap langkah kami,kerna kepadamu kami akan kembali..Ameen"
 
kita cuma menentukan Allah yang mengaturkan segalanya...semoga Allah SWT memudahkan segala urusan ini..buat sahabat-sahabat yang tengah menunggung result spm keluar jugak banyakan Doa+ Tawakal=kejayaan...InAllah..moga kejayaan menjadi milik kita..peringatan buat diri ini jugak..:-)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan