Khamis, 3 Januari 2013

kenangan persekolahan (ukhti fillah)

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Allah,tuhan yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.segala puji tertentu bagi Allah,tuhan pentadbir seluruh alam...




"Ya Allah di tahun baru yang ceria ini.Engkau muliakan dan sayangi kami,sihatkan tubuh badan kami,berkati keluarga kami,limpahkan rezeki,jauhkan daripada fitnah dan penganiayaan,suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa.Makbulkan cita-cita kami yang murni ini.."
Assalamualaikum WBT..apa khabar semuanya..kejam kelip kejam kelip dah masuk hari yang ke-3 kita dah melangkah Tahun Baru 2013.Azam pun perlu diperbaharui.semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..Tak terasa masa begiti cepat berlalu..Adakah kita sebagai hamba Allah dah melaksanakan perintah-Nya?kadang-kadang kita sering lalai dengan kehidupan duniawi..SubahanaAllah..peringatan buat diri saya sendiri jugak..
"Ya Rabbi..Tiada apa-apa yang kami miliki di dunia yang telah Engkau pinjamkan.sepanjang kami kami melalui laluan duniawi ini,kami mengharapkan kebaikan dalam setiap amalan,Ya Allah hijrahkanlah jiwa kami ini kepada keredaan-Mu.Dekatkanlah hati kami Kepada-Mu agar kami sentiasa membungakan jiwa serta mengharumkan syurga dunia..Segalanya adalah Kerana-Mu"
Hari ni dah masuk hari ke-2 mulanya persekolahan di zon sarawak,bagi pelajar yang masih bersekolah..saya masih dalam menunggu result spm keluar.kalau ada rezeki lagi InsyaAllah,nak sambungkan pelajaran kat tingkatan 6  atau kat tempat lain...tapi tak tahu dulu kat mana..kadangkala rasa berdebar juga tunggu result spm ni..semoga semua pelajar SPM 2012 akan lulus dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik.Ameen..
Alhamdulillah,semasa adik saya buat pendaftar sekolah adalah masa tarikh yang di tetapkan..selepas je,adik saya balik saya cubalah tanya siapa guru kelas..adik saya pun bagi jadual kelas dia.saya pulak yang dok sibuk tengok jadual..saya tengok jadual pelajaran,nak hampir sama jugak guru yang pernah mengajar saya dan kawa-kawan saya masa tu..memang teringatlah kat guru-guru..Tapi apakan daya masa tak dapat diundur semula..Hmm..tak terasa kan masa begitu cepat berlalu,tak lama lagi dalam bulan ni umur saya pun akan mencecah 18 tahun..SubahanaAllah..semoga kita semua dalam reda-Nya..Terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar kami,semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu-cikgu..syukran jazilan..
Teringat pula saya masa mula-mula daftar kat sekolah masa nak masuk tingkatan 1 macam-macam ragam je,ialah masa tu belum ramai kawan tapi dah lama-lama kenal tu makin rapatlah sampai sekarang ni.. Alhamdulillah kadang-kadang macam adik-beradik jugak..memang tak dapat dilupakan,banyak kenangan yang terindah masa zaman sekolah ni..semoga ukhuwah kami akan berkekalan selamanya..Ameen ya rabbal alamin..
Ni gambar masa Tingkatan 4,masa last day sekolah sebelum cuti hujung tahun..sempat lagi ambik gambar dengan guru kelas dan kawan-kawan sebagai kenangan..semuanya sporting,guru kelas pun sporting.. gambar yang sempat diambil dari kawan-kawan lain..Masa tingkatan 5 ni tak sempat nak ambik gambar dengan rakan kelas disebabkan semuanya dah sibuk dalam persiapan untuk SPM memang masa ni semuanya sibuk belajarlah..semoga kami semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012..Ameen..
"Bismillahirahmanirrahim..Ya Allah ampunilah segala dosa kami,kedua-dua ibu bapa kami.guru-guru kami,serta kaum muslimin dan muslimatsama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..kau lembutkanlah hati penanda kertas jawapan kami..kau berikanlah kami keputusan yang cemerlang dlm peperiksaan SPM 2012 ..Tentukanlah sebaik-baik kesudahan kepada kami..Ameen ya rabbal alamin.." 
"kesempatan ni jugak saya nak ucapakan semoga berjaya buat kakak saya Nurul Izzati(UMS),kerana hari ini mulanya peperiksaan untuk sem yang ke-3..semoga keputusan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..Ameen..kami disini sentiasa mendoakanmu kak Long..Buat yang terbaik..=)
*Ini sekadar coretan cerita saya..Alhamdulillah hari ni sempat saya update kat blog ni,walaupun kadang-kadang internet slow sangat sampai tak dapat nak di save ada saja masalahnya..mungkin Allah nak uji kan?..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan mendapat hidayah-Nya...Ameen..*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan