Khamis, 27 Disember 2012

Selingan Cuti

Bismillahirrahmanirrahim..Segala puji bagi Allah tuhan yang memiliki semesta alam,,Maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum w.b.t..saya harap semua sahabat2 sentiasa dalam keadaan sihat walfiat, maklumlah kan musim buah sekarang ni kat Limbang macam-macam je buah yang ada kat kawasan tamu yang dijual antaranya buah durian dan macam-macam lagi..Alhamdulillah,hari ini ada jugak kesempatan saya nak update blog ni..rasanya nak hampir seminggu saya tak buat blog ni rasa kolam ni kurang terisi..kita cuma merancang Allah S.W.T yang menentukan segalanya..

Syukur Alhamdulillah..masa cuti ni banyak jugak perkara yang berfaedah dilakukan dan apa yang dirancang masa cuti hujung tahun ni semua berjalan dengan lancarnya..Tentu sahabat2 yang lain jugak merancang percutian kat tempat lain kan masa cuti ni..Syukur Alhamdulillah,Atas izin-Nya kami sekeluarga dan saudara yang lain sempat jugak jaulah dan bercuti kat negeri sabah(kota kinabalu)walaupun masa tu memang sesak jalan raya maklumlah musim cuti sekolah dan kesempatan itu jugak ada jugak yang sempat beli barang untuk persekolahan kan tak lama lagi nak buka sekolah dah..kejap je masa berlalu kan..Rindu rasanya nak pergi sekolah lagi tapi apa kan daya masa tak dapat diundur semula,tak lama lagi dah nak masuk tahun 2013.. SubahanaAllah, cepat-Nya masa berlalu..semoga apa yang kita susun,Allah S.W.T akan susun yang terbaik buat kita semua..Ameen ya rabbal alamin...semoga semua pelajar-pelajar yang masih bersekolah dah bersedia dengan persiapan untuk persekolahaan ya..

Alhamdulillah,kesempatan ni jugak saya nak kongsikan sedikit percutiaan kami sekeluarga walaupun ada sebahagian tempat  tak sempat nak lawati Tapi kalau nak dikira banyak jugak tempat yang kami jaulah kat negeri dibawah bayu ni iaitu negeri Sabah.. Antaranya kat Rumah Terbalik,Tanjung Aru,Centra point kk(tempat beli belah),suria sabah,tengok masjid terapung dan sebahagian keluarga saya yang pergi kat kundasang,Taman Buaya dan macam-macam lagi tempat kat sabah yang sempat kami kunjungi...cuma masa nak balik tu satu tempat tak sempat pergi kat Lokawi memang dah niat nak pergi kat tempat tu nak tengok haiwan-haiwan kat tempat tu tapi disebabkan masa tu hujan terlalu lebat kami pun tak jadilah nak g kat lokawi..tak da rezeki kami kot nak g kat Lokawi masa tu..InsyaALLAH kalau ada rezeki nanti nak pergi kat sana lagi..

Ni adalah antara gambar yang sempat saya ambil kat negeri dibawah bayu ni(sabah)tempat yang sempat saya dan keluarga pergi masa musim cuti tahun ni...


Ni kat bahagian depan kat Rumah Terbalik.memang semua barang kat dalam rumah tu terbalik,unik sangat,tapi ada syarat2 sebelum masuk kat rumah ni tau..
 
 
pemandangan kat kawasan kaki bukit kat area kundasang..
 
 
 
ni kat kawasan lembu,tapi masa ni nak hujan tak da lembu yg keluar..haha.ni sepupu saya yg paling kecik yg duduk kat tempat tu, dalah waktu pagi,kabus masa tu memang sejuk..kecil-kecil dah kena bawa kat tempat sejuk..
 
 
ni kat Taman Buaya....
 
 
 Masjid Terapung Likas,kota kinabalu, sabah..memang cantik pemandangan waktu malam kat kawasan masjid ni.:-)
 
  
 
Alhamdulillah selamat sampai jugak kami sekeluarga kat Limbang sebelum waktu isyak walaupun kat imigresan panjang kereta sikit masa nak cop pasport, maklumlah musim cuti sekolah..
InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur nak g lagi kat tempat lain..InsyaAllah..kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya..
setakat ni je yang saya sempat kongsikan tentang percutiaan kami..:)
semoga hidup kita semua sentiasa di rahmati dan diberkati Allah...Amen ya rabbal alami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan