Ahad, 9 Disember 2012

Kehidupan sebagai seorang perantau

BismiLLaHiRaHmANiRaHim..

"YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI,KEDUA-DUA IBU BAPA KAMI,GURU2 KAMI SERTA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SAMA ADA YG MASIH HIDUP MAHUPUN YG TELAH MENINGGAL DUNIA"




Assalamualaikum W.B.T...
Alhamdullilah niat nak buat blog sudah pun tercapai..rasa kerdil masih di dunia blog ni banyak lagi yang perlu dipelajari..Doakan diri ini terus kuat dan istiqamah atas jalan Allah..Ameen ya rabbal alamin...Kehidupan Di Dunia Ibarat Seorang Perantau..Disini saya ingin memulakan perkongsian melalui

Riwayat Al-Bukhari:"Daripada abdullah ibnu umar R.A katanya Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda:Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau.Ibnu umar berkata:Apabila kamu berada pada waktu petang janganlah menunggu menjelangnya waktu pagi.Apabila kamu berada pada waktu pagi,janganlah tunggu menjelangnya waktu petang.Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu".


Intisari hadis:"Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya menggangap dunia ini sebagai tempat persinggahan.Hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti.Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masih jauh.Kita hendaklah mengambil peluang semasa kita masih sihat dan masih hidup untuk mengumpul bekalan akhirat.Sebagai seorang muslim,kita mestilah menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan urusan yang baik".

*KEHIDUPAN KITA DI DUNIA HANYALAH SEMENTARA.SAMA-SAMALAH KITA KUMPULANKAN BEKALAN UNTUK DI AKHIRAT NANTI..:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan