Isnin, 17 Disember 2012

Menggilap keimanan diri kita


Bismillahirrahmanirahim...Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..
selawat dan salam keatas Rasul junjungan,sahabat serta saudara baginda...

Assalaamualaikum w.b.t.....Alhamdulillah hari ini ada jugak masa saya nak menulis sesuatu kat blog ni..walaupun 3 hari lepas niat nak buat blog tak kesampaian, Alhamdulillah atas izin-Nya dapat jugak saya mencoret kat blog ni.. pelbagai halangan nak buat blog ni tapi saya tetap mencuba sedaya mungkin untuk berkongsi kat blog ni..cuti-cuti sekolah ni pelbagai benda je nak dibuat ada yang tengah kemas rumah,ada yang pergi bercuti kat mana-mana dan pelbagai lagi yang dirancang masa cuti hujung tahun ni..semoga Allah S.W.T susun yang terbaik untuk kita semua..InsyaAllah..
 
"sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya  kepada Allah mereka bertawakal"(surah Al-Anfal ayat ke-8)

Disini saya nak kongsikan tentang cara nak menggilap keimanan diri kita dan kualitikan iman kita.keimanan kepada Allah adalah pegangan utama antara kita dengan pencipta.sejauh mana keyakinan kita kepada-Nya,itulah yang menjamin kualiti hidup kita .Di dunia mungkin keimanan tidak menjadi kayu ukur kualiti diri bagi sesetengah insan ,namun sebagai mukmin kita perlu percaya yang nilai dan martabat kita dipandang tinggi oleh Allah apabila kita hidup berlandaskan apa yang dikehendaki oleh-Nya.Apabila berpegang teguh diatas jalan Allah ,ada dua perkara utama yang wajib dilihat iaitu melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
 
Bagi menggilap keimanan yang ada kalanya tercalar dosa yang disedari mahupun tidak disedari,kita perlu sentiasa memohon hidayah daripada-Nya serta memohon supaya diri kita dipelihara daripada segala kejahatan.Oleh sebab itulah kita disuruh menunaikan solat fardhu atau mendirikan solat 5 waktu sehari semalam,kita diwajibkan membaca surah al-Fatihah yang mana terkandung didalamnya permintaan atau doa semoga Allah sentiasa meletakkan kita pada jalan yang lurus.Allah berkata dalam surah al-Fatihah ayat 7 yang bermaksud,"Tunjukanlah kami jalan yang lurus".
 
selain itu,menggilap keimanan juga boleh dilakukan menerusi perkara-perkara kebaikan yang lain yang melibatkan hubungan manusia dengan Allah,hubungan manusia sesama manusia adalah muamalat dan sebagainya.sebagaimana Rasulullah berkata,"Allah tidak menentukan sebuah qadak bagi hamba-Nya kecuali qadak itu baik baginya".
 
"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman".(Al-Imran ayat 139)

***sama-samalah kita menggilap keimanan diri kita.peringatan buat diri saya sendiri jugak...:-)
supaya kita mendapat berkat dan hidayah daripada Allah S.W.T.....Ameen ya rabbal alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan