Rabu, 12 Disember 2012

Uhibbukum Fillah

Bismillahirrahmanirrahim....


"Sahabatku perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman.Mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah.Istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan.Semoga ikatan ukhwah ini terbina untuk selamanya.. Uhibbukum Fillah...."


Asslamualaikum w.b.t....Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan untuk saya mencoret sesuatu di blog ini yang masih belum banyak perkongsian..Terlebih dahulu saya nak ucapkan kepada sahabat saya Hafizah dan Afiqah kerana sudi beri tunjuk acar saya nak buat blog ni..Syukran Jazilan..Terasa blog ini kurang terisi ya, walaupun cuti panjang tahun ni..kadangkala saya ada terfikir jugak, apa yang nak dibuat masa cuti ini? lama lagi nak tunggu result spm keluar..rasanya,bukan saja saya seorang yang merasakan sedemikian..rasanya sahabat saya pun sama..pelbagai rancangan yang sudah di buat sepanjang cuti ni..semoga Allah susun yang terbaik apa yang dihajatkan dan semoga cuti ni dilakukan dengan perkara yang bermanfaat..InsyaAllah..

Rindu rasanya dengan sahabat-sahabat yang dikasihi,walaupun baru seminggu habis spm tapi hati ini tetap merindui sahabat yang dikasihi dan rindu sangat nak masuk kelas,duduk dan buat study group dengan kawan-kawan memang best masa tu..Tapi sekarang masa tu dah berlalu pergi..kejap je ya masa berlalu..pelbagai kerenah dan senda gurau yang tak boleh dilupakan pada zaman persekolahan..Begitu banyak kenangan dan memori indah semasa kat sekolah tak dapat nak dibilang begitu banyaknya..semoga ukhuwah kita berpanjangan dan dirahmati Allah S.W.T..Dunia ini adalah ruang dan jugak peluang untuk kita mencari bekalan di akhirat nanti,semoga Allah S.W.T beri kita peluang untuk kita berjumpa nanti..InsyaAllah..

Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian ,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah S.W.T..
 

*Kesempatan ini jugak saya nak ucapakan selamat hari lahir buat sahabat saya Afiqah memang cantik tarikh hari jadi ni 12.12.2012..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta hidup diberkati Allah S.W.T..Ameen Ya Rabbal Alamin..:)

2 ulasan: